Showing posts with label offshore. Show all posts
Showing posts with label offshore. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

Aidilfitri di Platform


Salam & Hi, ha..gambar atas tu time aku naik crew boat dari semangkok A ke B, dalam 2km je jarak dia, 20minit sampai la. kalau angin or ombak kuat sikit mmg muntah ke langit la aku, mabuk laut bro..so kalu supervisor suruh aku pergi sana, aku mula la buat2 sakit or berguling atas lantai tanda protes, lol! tapi kesudahannye mmg kene pergi jgk la!

(chopper landing)

Baru ni aku kena beraya kat platform, aku naik 3hari sebelum raya, balik raya ke-12, sedih la jgk, sbb 1st time beraya w/o family, kalau ada inernet tu bestla jgk, tapi ada telefon 5minit pun syukurla. time raya tu platform memang lengang, semua kontraktor balik cuti la..tinggal budak2 esso dengan utility guys je. Yang lagi best tu aku sorang je mechanic kat atas tu, roboh la platform jawabnye,huhu! proses sambut raya tu macam biasa, ada takbir, sembahyang, salam2, makan lemang ketupat kuih, cume mercun or bunga api memang dilarang (duuuhh!) sama sekali lah, even comunicate dengan radio pun kene berhati2 bab mercun tu, jadi issue plak..

aku xbawak camera time raya tu..lagi pun xde ape sangat pun, cume galley tu dia hias2 sikit je..kerja sume berjalan macam biasa, pagi raya tu service diesel filter teringaaat meriam buluh, hehehe..

(transfer basket, dari bot ke platform)
 
sekarang tempat aku tinggal 2mechanic je, kalau sorang sakit, alamat kau sorang je la kene kerja. orang baru mcm aku ni mungkin susah sikitla nak dapat kepercayaan dari atasan, risau plak troubleshooting jadi mcm cerita bujang lapok yg start motor tu, hish! luckily aku ada bos2 yg percaya(crew aku la, crew lain tu supervisor yg berleter mcm mak nenek!) yg sentiasa bagi tunjuk ajar.

(flare boom, tempat ada api keluar,hehehe)

nak dijadikan cerita plak, baru ni semangkok B ada problem kat generator, xbole start, raya ke 3, orang lain xbalik lagi so aku kene pergi sana nk check. my boss ni latar belakang dari maintenance so dia bagi tips on how to tackle this kind of problem. rujuk catalog itulah yg paling penting, jgn just berharap ke senior punye  explanation je, buadaya ni aku perlu terap dan biasakan memandangkan aku akan banyak kerja alone nanti. dekat platform ni xbole jadi bodoh sombong or malu2, memang xde sape nak layan kau nanti, hehehe..

(boat landing, anda yakin?hehehe)

trip akan datang ni aku akan dapat new PIC dan maintenance supervisor untuk crew aku, sedih pun ada jgk sbb supv aku tu mmg orang lama semangkok ni, memang jenis no-nonsense-hardcore punya mechanic, kecik je orangnye tapi kuat nak mampos!knowledge pasal mechanical jgn cerita la, top-notch! but life goes on la..bos baru, kerajaan barula jawabnya, hehehe.

(bilik sekankang kera aku)

(aku selalu angkat dumbell 200gram kat sini, penat!)

(katil)

(workshop)

(lembik lutut)

Tuesday, May 15, 2012

Semangkok


Semangkok adalah salah satu pelantar minyak dia laut cina selatan. Semangkok ini antara pelantar minyak terdekat (lebih kurang 2xx km / 45minit chopper). ianya dibina pada tahun 1983 dan mempunyai 1 pelantar satelit.

Sebelum sampai ke pelantar minyak ni, kita akan menaiki helicopter dari airport Kertih, Terengganu. selalunya kita perlu check in di airport seawal 0600hrs, pastikan semua keperluan untuk naik ke pelantar minyak (kursus M-Boset, fit for work, Kad pengenalan, coverall, safety boot, kelengkapan keselamatan) sudah diselesaikan. alatan electronik (laptop, media players, camera, etc) perlu declare di airport.



semangkok ni kecil je platformnye, total man on board dalam 80 lebih je, brucker ade dalam 108 kerusi, terdiri daripada regular crew, utilities dan kontraktor. bermacam2 kaum dan agama ada di Semangkok, semua free untuk mengamalkan agama masing-masing, ada surau yang bole accommodate 25 orang (we have a class after magrib, in shaa Allah).


Didalam quarters, ade 4 tingkat air-conditioned living quarters, you will amaze by the cleanliness of this old platform, lama tapi bersih! bilik2 ada 2 katil double decker yg solid-stable-empuk. kecik je biliknye, dalam  3mx3m je kut, maybe org zaman '83 kecik2, hehehe..astro suma ada, internet, galley die xde la luas sangat, tapi bersih, makanan mcm food court buffet cuma instead of dalam seminggu tu ada special menu, kat sini tiap2 hari special menu!ice cream, western, meggi, drinks,tit bits, snacks..etc. dulu ade mesin aiskim mcm mcD tu, tapi dah rosak+xbersih katanya..so die letak kon dah ko scoop sendiri la aiskim tu, nak 4tingkat ke xkisah, haha!



pakaian yg aku bawak sana sikit je, sbb pagi-tghari-malam-tghmalam  ada laundry. aku just bawak 2coveralls, 3tshirt, brief, 2stoking,2seluar(xkisahla sluar jalang/pendek/trek ke)dan baju sembahyang. pada yg hisap rokok tu pepandai la bawak stock byk2,  98% org sana smoker.



Semangkok field ni ada satu satellite platform, semangkok B, dalam 2km je dari A, selalunya kita akan naik crew boat la, dalam 10minit dan org yg mabuk laut mcm aku ni mmg akan muntah hijau la, huhu! semangkok B ni kecik je, ade quarters jgk, cume ada 6katil sahaja. selalunya production yg akan tidur sini, geng2 maintenance xtido, diorg akan balik hari. dalam 2minggu tu maybe dalam 3-4hari jgk la aku akan berulang ke B ni.




Tips untuk yang baru tu. hmm..layan sahaja macam-macam kepala kat sana, be friends with everyone, life is too short on making enemies, bring along your media players, bawa spare italk banyak2, working time is 0630-1830, be punctual, respect the elderly DAN their position, let it be Platform supervisor, first line supervisors, campboss, safety leaders, room boys or others.

Monday, November 21, 2011

Semangkok, 2mangkok , 3mangkok..

Sebelum ni dikatakan 'dream job', 'overpaid worker', 'mewah' etc2...ouch!

setahun aku training, x sangka plak aku akan berdepan dengan 'kilang berkarat' tengah laut ni for the rest of my life, well, aku tau maybe la buruk/karat sikit2 sebab tengah lautkan, but not se'buruk' ini!!!

(yup, karat sana sini)

but itu hanya 1jam je selepas aku tour platform yg aku akan bekerja sekarang, selepas tu perasaan takut+risau+rendah semangat tu hilang sebab itu la pilihan yg terbaik diberikan kepada aku oleh yg maha Esa;)

setelah 2 hari aku tersadai kat guest house in kertih due to pack chopper schedule, akhirnya nama aku berjaya dibooked untuk ke platform pada 16nov lepas, bosan jugak duk lepas kt mesra mall tu. 6am aku dah tercangak kat airport kertih tu, noob gile rupe aku, dengan pakai boot nye, padahal orang lain pakai snickers je (sbb diorang dah tinggalkn kat platform), 1st thing aku kene tag aku punye beg ke platform yg akan aku pergi, then tunggu je la..ade 3trip chopper, 0745, 1045 & 1445..aku kene yg 1445!! bayangkan 9jam aku melangut kat airpot tu, hehehe..

it took me bout 1hr utk sampai ke sana sebab chopper hantar orang ke platform2 lain dulu, kalu diikutkan tempat aku yg paling dekat dengan shore, dalam 250km/45mins je..

rupa2nye aku naik sekali dengan PIC(person in charge) he's a very humble person, senyap je org nye, dah sampai platform, die escort aku untuk turun ke briefing room.

(constant peluh = kurus, lol!)

then lepas aku join meeting dengan geng maintenance, terus aku ke room quaters, sebilik ade 2 double decker, tapi 2orang je duduk, old skool dah tempatnye, tapi tilam terrrbaik! siap ade astro lagi! tapi buat masa ni aku xde locker la, sume senior dah rembat..rase2nye lagi 13tahun dapat la aku locker kut, lol!

oh the food was tremendous man!!! bole mati kegemukan woo duduk atas tu, western, gatorade, aiskrim, cereal, chocolate, you name it, hampir sume ada! constant hidangan! better regularly check on my weight, haha!tapi duduk kat sana bila ko dah xde ape2 nak buat, so a short phone call tu umpama masa paling berharga la pada kita, hehehe

(kecik lagi tools ni..hehe)

1st day at work 6am aku dah bangun, 630am join morning meeting, 630pm abis kerja, so 12jam la aku kerja....(12jam ke?hehehehehehehe...)

not much yg aku bole tolong pun sebab aku ni 1st timer, xberani diorg nk bg aku pegang tools, gile kau bile dah duduk atas time bomb ni, ape2 bole jadi. so i was asked to mop lantai, kilat kan pump n suluh lampu..hahaah!coobaan.

(brucker, my 1st maintenance job)

5days aku duduk sana for my 1st trip, semakin lama, makin serasi la aku dengan senior2 ni, it all depends dengan motivasi kita jgk, ingatla, apa yg kita dianugerahkan tu adalah yg terbaik diberikan pada kita (dah 2kali aku ulang ni, hehehe..)


Posted by Picasa