Tuesday, April 23, 2013

Gambang Water Park


(adoi anak dara aku ni,posing lain macam!)

Before Wife beranak, dia suggest bawa Nur Iman jalan. kami plan ke Gambang Water Park, dalam sejam stengah dari Bentong. tol dari karak ke exit muadzam shah tu RM16.90. The weather was hot all the way until we reach gambang, hujan lebat! syok la main hujan!hehehe..

Tiket dewasa RM23, kanak2 RM16. makanan luar xboleh bawa. jgn lupa bawak tuala sebab sana kena sewa..

(Ada terowong gelap, kanak2 takut)

 Good thing there is ada sistem e-duit mana kita top up duit dalam gelang yg kita pakai, so kita bole simpan semua barang dalam locker(kene sewa juga) dan focus ke mandi tu, xpayah risau nak sorok barang takut hilang lah..bila nak beli makanan/sewa pelampung/beli merchandise just scan gelang kita tu, baki duit tu boleh  dipulangkan semula.

(kaunter pemulangan wang-refund e-money) 

(kanak2 suka area ini)

Area taman tema ni betul2 dalam hutan, ada banyak 'cabbana' boleh disewa untuk kita rehat or makan, dekat pool kanak2 tu ada di tadah supaya xpanas direct la ke budak2 tu..Nur Iman suka sangat la dapat main air tu, berangan2 feeling berenang lah, naik gelongsor ntah berapa puluh kali lah, sian mak dia kene ikut sekali, hehehhe..

(pandalena riman)


(kanak2 suka amat!)


(teduh ketika panas terik)

 Coco beach is where ada ombak & pasir, puas anak aku main pasir+hujan+air tanpa dimarahi sesiapa pun, heheeh, kalau kat rumah dah kene sebat ni. ada beach volleyball disediakan, nak main tanam2 dalam pasir pun bole, jgn kene tungau dah la..

(coco beach, real sand!)

(terbang wa cakap lu!)

Then it comes to water ride plak, seronok jgk, untuk gambar slide atas ni, yg paling seronok la bagi aku, terbang beb!siap bole racing tu, siapa yang jenis cuak tu mmg sekali then tobat xnak naik dah! haha! pelampung yang kita sewa tu boleh naik 3 jenis gelongsor, tapi make sure stamina kuat, sebab nak kene menapak naik tangga sebelum naik tu, sikit lagi nak sama panjat batu caves! 

Dah penat main air tu kita bolehlah singgah dekat beberapa food court kat situ, ada serve set2 fast foods, nasi2 ayam, beriani pun ada, just scan je gelang kita tu..anak aku siap makan satu stengah hot dog lah! lapar ye..

(ada gelap, ada cerah, ada open top, 3jenis!)

(untuk majlis2 keparat pun boleh)

(ombak tinggi!)

Seronok sangat anak aku main sampai masuk kereta je terus tidur sampai rumah, ntah berapa gelen air dia telan, hehe. bini aku siap kepenatan sampai turun la blood pressure dia!haha! budak2 kecil ni kalau biasa train dia dekat kan diri dengan air, nanti kita boleh ajar dia berenang, pandai berenang ni senang sikit, dekat tempat aku kerja pun ada sesetengah orang yang kurang mahir berenang..padahal dikelilingi air tu, kalau ade emergency ke, naya..at least kalau rajin berenang or terapung dalam air tu kurang la rasa panic bila tertelan air atau nak berenang selamatkan diri tu.

( zaman rap kembali?!)

(Gambang water park, good place)
Posted by Picasa

Friday, April 19, 2013

Bau Petrol Bila Hidupkan Enjin

My Wife ada complaint bila dia panaskan enjin ada bau petrol masuk dalam cabin, tapi selapas jalan bau tu hilang, then ada spot minyak petrol atas lantai. kebetulan kereta due for service, so aku hantar la ke proton SC. 

Upon checking pomen tu notice yang FUEL RETURN LINE aku tu bocor disebabkan bergesel dengan aircond tubing. imagine kalau aku buat dunno je, hazard tu! ada spark skit boleh menyebabkan kebakaran!

(Fuel return line ke tangki)

we replace the tubing (RM95), panjang sampai ke tank petrol kat belakang tu, nak tampal takut bocor lagi plak, bukan spark je, kene sepak dengan bini plak kang, lol! replacement unit tu pomen tu ensure yg dia xakan bergesel dengan tubing aircond tu lagi by strapping with cable tie, sebab enjin kita memang ada small play/movement bila start, pecut, atau langgar lubang.

(ada pelapik, proton dah agak ada pergeseran?hm..)

Upon checking lagi, kami perasan oil seal dah worn dan ada minyak enjin yang keluar antara cam cover tu. this one recommended change every 80k km masa kita replace timing belt (campro) sebab workmanship untuk buka enjin ni mahal sikit, dalam RM120 untuk proton SC, dekat luar maybe murah sikit la (make sure kita tukar semua seal tu, pomen luar ni kalu xsuruh dia kekadang x buat, rugi duit nak tukar sikit2 kemudian nanti)

(minyak enjin keluar dari cam cover)

(oil seal RM10 je..)

(oil seal crank dan cam shaft)

oh! btw sekarang aku maintain 10k km je interval untuk campro ni, biar ada feeling2 volkswagen golf punya interval service(15k km) sikit, hahaha! for every 10k km benda yg aku tukar is minyak hitam (rekemen pilihla yg bole tahan 10k km), oil filter, oil drain gasket, tu aje..dalam RM150 depends on minyak apa kita pakai, even kita bole buat sendiri pun, cuma perlukan jack tools, filter strap dan spanner je, tapi problemnya dimana kita nak dispose used oil tu, leceh skit nak kene takung dan hantar ke kualiti alam. tapi setakat ni jaaaarang aku bayar RM150, adeeeeeee je yg kene tukar, brake pad lah, flush tu, flush ni lah..so remember rakan2, always bersedia untuk bayar lebih bila kita servis, memangla dah ada fix rate untuk interval service tu, tapi kadan2 ada benda lain yg perlu ditukar selain jadual berkala tu (eg: brake pad, leaking hoses, leaking gasket, leak pumps, etc).

suka aku nak ingatkan, kita seboleh-boleh jangan miss la schedule service interval yang di plan untuk kereta kita, untungnya kalau kita ikut jadual ni untuk jangkamasa panjang jugak, contoh untuk enjin campro ni kene tukar fuel filter setiap 60k, kita tukar je..ada dalam jadual pun, risau nanti filter clogged, semput kereta tu kang, laiiiin benda plak akan jadi, hehehe..oh! jgn x tahu, aircon kereta kita pun ada jadual service dia jgk!

Keep or Sell?

Baru ni aku pergi usha 'Sekolah' untuk kanak2 dari umur 2bulan-4tahun. since Iman gonna have a new sister this coming May (in Shaa Allah), my wife & I plan nak ringankan beban atok dia, hehehe..pengsan plak nak tukar lampin adik, kene lawan pedang dengan kakak, mandikan adik, panjat bumbung amik bulu tangkis kakak..lol!

well, bila dah plan macam tu, kene la re-schedule belanjawan tu, ma'am besor merangkap menteri kewangan dah siap dah...Perdana menteri xsempat congak lagi dia dah bagi list dah...hoho (syukur la ko register under JKM, boleh aku claim opis!)



(Inilah Kakak2 Iman!hahaha!)

point aku nak cerita ni adalah tentang makin sunyi lagi la lens2 aku dalam drybox tu..haha! sekarang ni aku pakai mirroless, selalu jgk aku attach ke body tu, tapi kene manual focus la, kesian gear2 dalam lens tu xbergerak, in shaa Allah kalu ada rezeki bole la cari body2 2nd hand murah2..(a700/a77/a850,ehh?!)

(sony nex-f3 + SAL50f14)

Posted by Picasa