Friday, April 19, 2013

Bau Petrol Bila Hidupkan Enjin

My Wife ada complaint bila dia panaskan enjin ada bau petrol masuk dalam cabin, tapi selapas jalan bau tu hilang, then ada spot minyak petrol atas lantai. kebetulan kereta due for service, so aku hantar la ke proton SC. 

Upon checking pomen tu notice yang FUEL RETURN LINE aku tu bocor disebabkan bergesel dengan aircond tubing. imagine kalau aku buat dunno je, hazard tu! ada spark skit boleh menyebabkan kebakaran!

(Fuel return line ke tangki)

we replace the tubing (RM95), panjang sampai ke tank petrol kat belakang tu, nak tampal takut bocor lagi plak, bukan spark je, kene sepak dengan bini plak kang, lol! replacement unit tu pomen tu ensure yg dia xakan bergesel dengan tubing aircond tu lagi by strapping with cable tie, sebab enjin kita memang ada small play/movement bila start, pecut, atau langgar lubang.

(ada pelapik, proton dah agak ada pergeseran?hm..)

Upon checking lagi, kami perasan oil seal dah worn dan ada minyak enjin yang keluar antara cam cover tu. this one recommended change every 80k km masa kita replace timing belt (campro) sebab workmanship untuk buka enjin ni mahal sikit, dalam RM120 untuk proton SC, dekat luar maybe murah sikit la (make sure kita tukar semua seal tu, pomen luar ni kalu xsuruh dia kekadang x buat, rugi duit nak tukar sikit2 kemudian nanti)

(minyak enjin keluar dari cam cover)

(oil seal RM10 je..)

(oil seal crank dan cam shaft)

oh! btw sekarang aku maintain 10k km je interval untuk campro ni, biar ada feeling2 volkswagen golf punya interval service(15k km) sikit, hahaha! for every 10k km benda yg aku tukar is minyak hitam (rekemen pilihla yg bole tahan 10k km), oil filter, oil drain gasket, tu aje..dalam RM150 depends on minyak apa kita pakai, even kita bole buat sendiri pun, cuma perlukan jack tools, filter strap dan spanner je, tapi problemnya dimana kita nak dispose used oil tu, leceh skit nak kene takung dan hantar ke kualiti alam. tapi setakat ni jaaaarang aku bayar RM150, adeeeeeee je yg kene tukar, brake pad lah, flush tu, flush ni lah..so remember rakan2, always bersedia untuk bayar lebih bila kita servis, memangla dah ada fix rate untuk interval service tu, tapi kadan2 ada benda lain yg perlu ditukar selain jadual berkala tu (eg: brake pad, leaking hoses, leaking gasket, leak pumps, etc).

suka aku nak ingatkan, kita seboleh-boleh jangan miss la schedule service interval yang di plan untuk kereta kita, untungnya kalau kita ikut jadual ni untuk jangkamasa panjang jugak, contoh untuk enjin campro ni kene tukar fuel filter setiap 60k, kita tukar je..ada dalam jadual pun, risau nanti filter clogged, semput kereta tu kang, laiiiin benda plak akan jadi, hehehe..oh! jgn x tahu, aircon kereta kita pun ada jadual service dia jgk!

1 comment:

ku dija said...

thanks broπŸ‘πŸ‘..skang ni kawan tengah mengalami prob bau petrol masok lam kete..haih ingtkn takde pape..